Select Country
LoginRegister
27 Aug 2014 - 1 Zulqaeda 1435 | Subuh 5:44 | Syuruk 7:02 | Zuhur 13:08 | Asr 16:21 | Maghrib 19:11 | Ishak 20:21


Perancangan Kewangan Berita Harian: Melabur Cara Islam

[Event has ended]
Sat, 2 July 2011, 1230-1800 | Malay
Concorde Hotel
Berita Harian
Ustaz Haron Hassan Akhtar, Sani Hamid, Professor Ahamed Kameel, Kevin Xayaraj Tay

Fees: $58 sebelum Jun 18; $78 selepas Jun 18

SIDANG Perancangan Kewangan Berita Harian (BH) akan kembali tahun ini dengan tema Melabur Cara Islam.

Tema itu dipilih sejajar dengan perkembangan pesat produk kewangan Islam di Singapura, lantas membuka peluang luas bagi masyarakat Islam menguruskan pelaburan mereka berlandaskan syariah.

Editor Meja Ekoniaga BH, Cik Fadilah A. Majid, berkata tema Melabur Cara Islam dipilih kerana para pelabur Islam di Singapura kini mempunyai peluang lebih luas bagi melabur dalam produk-produk kewangan Islam.


Sidang Perancangan Kewangan BH kali ini akan mengupas sudut syariah, produk dan peluang dalam pengurusan kewangan Islam. Bagaimanakah masyarakat Islam di Singapura dapat memenuhi tanggungjawab keagamaan mereka bagi membentuk portfolio pelaburan sejajar dengan produk kewangan Islam yang sedia ada? Apakah peluang-peluang pelaburan yang tersedia bagi pelabur Islam? Semua ini akan dikupas dalam sidang itu.

Bagi mengupas topik Pelaburan dari sudut syariah, anggota Lembaga Penasihat Islam HSBC Insurance, Ustaz Haron Hassan Akhtar, akan menjelaskan cabaran yang dihadapi masyarakat Islam dalam menjalankan pelaburan mereka dalam sekitaran konvensional dan bagaimana masyarakat Islam dapat mengubah cara pelaburan mereka sejajar dengan lunas-lunas Islam.

Dari sudut produk, Pengarah Pengurusan Kekayaan Financial Alliance, Encik Sani Hamid, akan membentangkan produk-produk kewangan Islam yang tersedia bagi masyarakat Islam ketika ini dalam ceramahnya bertajuk Pilihan Pelaburan Bagi Pelabur Islam. Dalam ceramahnya, Encik Sani akan juga membandingkan produk-produk konvensional dan produk kewangan Islam yang sudah tersedia dalam pasaran.

Salah satu produk kewangan Islam yang tersedia bagi masyarakat Islam ialah amanah pelaburan hartanah (Reit) dengan tersenarainya, Reit Sabana, dalam Bursa Singapura (SGX). Reit Sabana, yang merupakan reit syariah terbesar di dunia, merupakan reit perindustrian yang dapat dilaburkan oleh pelabur runcit. Bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai perkembangan reit halal di Singapura dan di dunia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabana Real Estate Investment Management Pte Ltd, Encik Kevin Xayaraj Tay, akan membentangkan ceramah Pelabur Islam dan Reit Halal.

Dengan minat semakin berkembang dalam emas dan perak, para pelabur Islam perlu memahami logam berharga itu sebagai satu pelaburan. Bagi ceramah Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, Ketua Jabatan Kewangan, Kuliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Profesor Dr Ahamed Kameel, akan mengupas hujah-hujah dari sudut agama dan konvensional mengenai pelaburan emas, perbezaan melabur dalam komoditi emas dan amanah saham berkaitan emas, serta risiko-risiko berkaitan dengan pelaburan emas itu.

Dengan produk kewangan Islam yang sedia ada, masyarakat Islam perlu mempunyai minda yang betul bagi meneruskan usaha menjana harta mereka.
Bagi memotivasi masyarakat Islam, BH telah mengundang pemilik syarikat Positive Mind Resources Sdn Bhd dan Pengasas Program Minda Jutawan di Malaysia, Profesor Dato' Dr Ibrahim Ahmad, untuk menyampaikan ceramah bertajuk Masyarakat Islam dan Minda Jutawan.

Details

Hanya 350 tempat disediakan.

Bagi pendaftaran atau pertanyaan, hubungi HOTLINE 8206 9319 atau e-mel kepada info@ev.com.sg

Organisers

Berita Harian

A newspaper for the local Malay community, Berita Harian was established on July 1, 1957. It present...

Speakers

Ustaz Haron Hassan Akhtar, Professor Ahamed Kameel, Kevin Xayaraj Tay
Sani Hamid

Sani Hamid currently holds the position of Director (Economy & Market Strategy) in Financial Allianc...

Comments