"Ikhtilaf yang Dibenarkan & Perpecahan yang Dilarang"
"Ikhtilaf yang Dibenarkan & Perpecahan yang Dilarang”
Penceramah: Dr. Maszlee Malik (Penolong Profesor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Tarikh: Sabtu, 14 Disember 2013
Masa: Selepas Solat Isyak berjamaah
Tempat: Masjid Al-Istiqamah, 2 Seranggoon North Avenue 2
Ikhtilaf, iaitu perbezaan pendapat, adalah lambang kekayaan syari'at Islam. Pendapat yang pelbagai dalam syari'at Islam perlu dilihat sebagai mutiara-mutiara yang tidak ternilai harganya. Karena ia akan menjadikan ilmu fiqh terus tumbuh dan berkembang. Namun telah berlaku juga salah faham tentang konsep Ikhtilaf yang akhirnya membuatkan masyarakat Islam berpecah-belah dan saling bermusuhan. InsyaAllah, permasalahan ini akan cuba dihuraikan dalam sesi ceramah kali ini.
Persatuan Muhammadiyah menjemput anda semua beserta keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai untuk menghadiri ceramah ini dalam rangka meraih manfaat ilmu dan mengeratkan tali silaturahim..
Semoga Allah s.w.t memberkati dan menerima segala amal sholeh yang kita lakukan..
Comments