Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
27 Apr 2024 - 18 Syawal 1445 Maghrib 19:07 Ishak 20:18
27 Apr 2024 - 18 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:07 | Ishak 20:18
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2258

MEMAHAMI BAHASA AL-QURAN (JANUARI 2020)

[Event has ended]
Sun, 5 January 2020, 9:30 AM - 11:30 AM | Malay
Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03
Al Fahmi Services

https://alfahmi.sg/

memahami, bahasa, Al-Quran

Fees: Yuran : $80 SEBULAN : Yuran pendaftaran : $30 (pelajar baru) Buku : $25

Assalamualaikum wbt..

Berita gembira kepada anda yang ingin memulakan pelajaran memahami bahasa Al-Quran. Konsep yang digunapakai adalah untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman dalam mengenali maksud di dalam Al-Quran. Kaedah Bahasa Arab Anda adalah merupakan modul asas permulaan kefahaman dalam memahami kata nama di dalam Al-Quran. 

KEWAJIPAN MEMAHAMI ALQURAN

  • Memahami Al-Quran adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun dengan hanya membacanya kita diberikan pahala. Tetapi, tidaklah boleh kita berhenti setakat disitu sahaja. Seharusnya kita sebagai penganut agama Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama kehidupan kita dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, seharusnya memahami isi kandungannya menggunakan kaedah apa pun. 
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 2: yang bermaksud:-\" Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. \"-
  • Ayat ini menjelaskan peri pentingnya memahami Al-Quran. Allah membekalkan manusia dengan akal yang waras agar dapat menggunakannya untuk memahami Al-Quran.
  • Fungsi akal bukan sekadar digunakan untuk mencari pendapatan di dunia ini sahaja. Ia lebih dari itu termasuk menemukan kaedah untuk memahami Al-Quran melalui pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah dengan mempelajari bahasa Arab dan bahasa Al-Quran. 
  • Perbahasan dalam pembelajaran memahami kaedah kata nama merupakan pembahasan langsung dari kitab induknya iaitu Al-Quran. 
  • Disebabkan itu, pengasas Alfahmi Services mengambil iktibar dalam kefahaman yang diperolehi beliau yang dianugerahkan untuk mengeluarkan serta mengajarkan ilmu memahami Al-Quran ini secara berperingkat kepada Ummah. Supaya apabila kita membacaNya kita akan lebih fokus dan memahami isi kandungannya. 
  • Tenaga pengajar merupakan Lulusan dari Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir dan mempunyai pengalaman dalam mengajarkan Ilmu ini lebih dari 15 tahun. 

Details

PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK SESI JANUARI 2020

Lokasi : 970 Geylang rd, tristar complex, #02-03 room 7
SETIAP AHAD
Masa : 9.30 am-11.30 am

Yuran : $80 SEBULAN
Yuran pendaftaran :$30 (pelajar baru)
Buku : $25

Tempat terhad
SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 6909 7311 / 9148 6224

LAYARI WEBSITE : ALFAHMI.SG
FACEBOOK DAN INSTAGRAM : ALFAHMI SERVICES

Terma dan Syarat:

Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan.
Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
Lokasi - 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan AlAzhar restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat.

Location

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03 (Bilik 7)

Organisers

Al Fahmi Services

Comments



Our platforms