Young Muslims Psychologist
Sempena cuti sekolah ini, Masjid Khalid dengan kerjasama Guidance Excel akan menganjurkan program "Young Muslim Psychologist", khas untuk remaja berusia 12 tahun hingga 24 tahun.
Young Muslim Psychologist adalah sebuah program berbentuk aktiviti yang berdasarkan ilmu psikologi dan pendidikan Islam. Program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik itu, menyediakan ruang bagi para remaja untuk perkembangan diri. Program tersebut direka khas dan sangat sesuai untuk remaja lelaki dan perempuan yang sedang mencari identiti masing-masing.
Antara perkara yang akan dipelajari adalah memahami diri individu serta personaliti masing-masing. Penekanan diberikan mengenai IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient) dan VQ (Value Quotient). Selain itu, peserta juga akan dapat menajamkan cara berfikir dan membuat keputusan yang bijak. Ini adalah penting kerana remaja kebiasaannya membuat keputusan berdasarkan emosi. Seperti yang diketahui, apabila emosi mengatasi akal maka individu akan hilang daya tahan dan akan menyebabkan terpengaruh kepada masalah sosial.
Peserta juga akan dilatihan untuk memiliki kemahiran kepimpinan dan pengurusan kewangan yang baik.
Kandungan Program:
Memahami Diri / Personaliti
Meningkatkan Cara Berfikir
Pengurusan Kewangan
Leadership Skills
Intelligent Quotient
Emotional Quotient
Spiritual Quotient
Value Quotient
Details
Umur : 12 tahun – 24 tahun
Tarikh : Ahad 14 Jun 09
Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Tempat : Masjid Khalid
Yuran : $10 sahaja (selepas susidi)
Makan tengahari disediakan.
Untuk penyertaan / pertanyaan, sila datang ke Masjid Khalid atau hubungi Ust Syed Ahmad di talian 63452884
Email : [email protected]
Website : www.guidance-excel.com
Tarikh tutup pendaftaran 12 Jun 09!
Comments